Pertandingan Kuiz Kemerdekaan/ Teka Silang Kata Sempena Bulan Kemerdekaan

09 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas ini telah dihadiri oleh 8 orang peserta iaitu terdiri daripada 6 pelajar perempuan dan 2 pelajar lelaki sekolah rendah. Pertandingan mengisi teka silang kata sempena bulan kemerdekaan ini telah diadakan pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Bilik Latihan PI Machan. Pertama sekali, peserta bersama-sama menyanyikan lagu-lagu patrioitik dn kemudian diberikan sehelai kertas mengandungi teka silang kata.

Alatan tulis yang digunkan oleh para peserta adalah disediakan oleh PIM. Dengan menyertai kuiz teka silang kata ini, peserta dapat menambah ilmu dan serba sedikit menguji pengatahuan mereka mengenai kemerdekaan negara. Akhir sekali, peserta juga diberi pengenalan dan sedikit penerangan serba sedikit mengenai sejarah kemerdekaan Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali