Powerpoint & Advokasi KDB

12 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas ini terdiri daripada 16 orang peserta yang terdiri daripada pelajar lepasan SPM 2018 iaitu 6 orang semasa sesi pagi dan 10 orang untuk sesi petang. Kelas ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari untuk sesi pagi kemudian disambung pada pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang untuk sesi petang bertempat di Bilik Latihan PI1M Machan. Aktiviti hari ini telah dibahagi kepada 2 sesi kerana bilik latihan mempunyai terhad 10 komputer sahaja.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar dan melatih peserta supaya lebih mahir menggunakan Microsoft Powerpoint di samping menarik minat mereka menghasilkan powerpoint yang menarik penonton. Selain itu, peserta juga telah diberikan taklimat ringkas Advokasi KLIK DENGAN BIJAK yang bertajuk buli siber. Ia bertujuan untuk mengelakkan peserta menjadi pembuli dan mangsa buli siber serta menjadi pengguna yang bijak dan baik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali