Kelas Microsoft Words & Advokasi KDB
3 Disember 2017 | Aktiviti Terkini
Kelas ini telah dihadiri oleh 8 orang peserta iaitu terdiri daripada surirumah. Kelas ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari bertempat di Bilik Latihan PI Machan.
Peserta telah diajar mengenai Microsoft Words serta penggunaannya. Peserta mempelajari operasi dasar MS Words seperti membuat dokumen baru, menyimpan dokumen dan menutup dokumen.
Akhir sekali, peserta juga diberi taklimat ringkas mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) mengenai kempen Check Your Label untuk mendidik peserta membeli peralatan telekomunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan peralatan mengikut standard-standard yang ditetapkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: