Keusahawanan
Homestay Rumah Benjamin Angki, Kanowit
Rumah panjang ini mula dibina pada tahun 1936 dan dinaiktaraf menjadi homestay selepas memenangi Sarawak Hornbills Tourism Awards 2013/2014 dan terletak kira-kira 15 minit dengan menaiki kereta dari PI Machan. Rumah panjang ini boleh dihubungi melalui jalan darat dan sungai. Rumah panjang yang sepanjang 64 buah pintu didiami seramai 53 orang keluarga. Suasana yang kondusif dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan fasiliti melonjakkan lagi sumber sosioekonomi penduduk rumah panjang ini. Hal ini kerana, pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan kerap menganjurkan aktiviti di rumah panjang ini sekaligus mempromosi rumah panjang ini kepada orang luar.
ANTARA PAKEJ YANG DISEDIAKAN ADALAH :
- Daily Package
- Welcoming drinks
- Cultural dance
- Foods and drinks
- Longhouse tour & story sharing session
- Entrance fees.
- Package 2 DAYS 1 NIGHT
- Day 1
- Welcoming drinks
- Cultural dance
- Accommodation
- Foods and drinks
- Longhouse tour & story sharing session
- Trekking
- Entrance fees
- Day 2
- Blowpipe demonstration
- Handicraft making
- Indoor traditional games
- Optional Activities(Can be arranged upon request)
- Fishing safari
- Rubber tapping & processing the rubber
- River cruise by local boat
- Ranyai and betaboh session
- Try yourself Iban traditional costume
- Day 1
Contact person : Cr.Tr.Benjamin Angki
Tel: +6084-752093 / +6013-8823076
Fax: +6084-753563
Email: ben_8845@yahoo.com / http://rantaukemiding.blogspot.com
Address: Rumah Benjamin Angki, P.O Box 58, Kanowit Post Office 96700 Kanowit, Sarawak
Puan Laila Bennet
Puan Laila Bennet sedang download gambar kraftangan manik di facebook untuk mempromosikan produk menggunakan media sosial
Antara hasil kraftangan manik yang telah dibuat oleh Puan Laila Bennet
Puan Laila Bennet sedang membuat kraftangan manik
Kisah kejayaan yang ingin dikongsikan ialah mengenai kejayaan Puan Laila Bennet (Penolong Pengurus PI Machan) yang merupakan pengusaha kraftangan manik semenjak 3 tahun lepas. Sejak bekerja di PI dan mendaftar ahli PI, beliau banyak mendapat manfaat dari kemudahan yang disediakan di PI. Beliau dapat menyumbangkan idea dan nasihat kepada pengusaha kraftangan manik yang lain. Sebelum ini, beliau mempunyai kesukaran untuk mempromosikan hasil kraftangan manik tersebut kepada orang luar. Sejak menjadi ahli PI, beliau banyak menggunakan kemudahan internet yang disediakan di PI terutama dalam laman social seperti facebook untuk mencari idea dan berkongsi idea mengenai manik.
Sebelum ini, pendapatan beliau hanya mencecah RM50-RM100 sebulan hasil daripada jualan kraftangan manik yang telah dijual oleh beliau. Namun begitu, semenjak menjadi ahli PI dan mengikuti kursus keusahawanan yang dianjurkan di PI, pendapatan beliau mencecah RM500-RM1000 sebulan. Oleh itu, beliau merasa berpuas hati dan bersyukur dengan kewujudan PI Machan kerana banyak membantu dalam mempromosikan produknya. Selain itu, PI sangat membantu dalam menyediakan kelas-kelas keusahawanan.
Puan Catherine Anak Matan
Kisah kejayaan usahawan yang ingin dikongsikan kali ini ialah mengenai kejayaan Puan Catherine Anak Matan. Beliau merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Beliau telah menjual/ menjadi dropship barang keperluan iaitu pakaian dan beg yang tradisional yang diperbuat daripada kain pua kumbu. Beliau mula menceburi bidang ini sejak 2018. Beliau telah menyertai kelas usahawan muda di Pusat Internet Komuniti Machan. Sejak kewujudan Pusat Internet Machan, beliau mula mempelajari cara-cara mempromosikan produknya di dalam internet dan menerokai kegunaan internet dalam perniagaan. Di samping itu, beliau selalu menggunakan perkhidmatan yang disediakan di PIK Machan.
Beliau mula berminat untuk menggunakan kemudahan yang terdapat di PIK Machan tersebut sekaligus beliau berpeluang untuk mengikuti kursus-kursus dan bengkel komputer serta keusahawanan yang diadakan di PIK Machan. Dan kini beliau mengakui lebih senang untuk mencari maklumat mengenai perniagaan beliau. Sebelum penubuhan PIK Machan, beliau agak sukar untuk mempromosikan serta mencari maklumat berkenaan perniagaannya. Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet Puan Catherine mendapati banyak maklumat mengenai kaedah pemasaran yang berjaya, dan mendapat idea dan kemahiran mempromosikan produk di sekitar Pekan Machan dan Sibu. Oleh itu, beliau merasa berpuas hati dan bersyukur dengan kewujudan PIK Machan kerana banyak membantu dalam mempromosikan produknya. Selain itu, PIK sangat membantu dalam menyediakan kelas-kelas keusahawanan.