Rekreasi Dan Pelancongan
Homestay Rumah Benjamin Angki, Rantau Kemiding
Homestay ini terletak kira-kira 20 minit dari pekan Machan dengan menggunakan pengangkutan darat atau menaiki kereta. Rumah Benjamin Angki terdiri daripada 64 pintu atau 64 keluarga. Homestay ini menawarkan program yang berkaitan dengan aktivti-aktivti dan cara hidup di penduduk di rumah panjang.
Alamat : Rantau Kemiding, JKKK Rumah Benjamin Angki, 967000 Kanowit, Sarawak
No. Telefon : 013-882 3076
Website : http://www.right.sarawak.gov.my/Homestay/Rumah_Benjamin_Angki/introduction.shtml
Jambatan Gantung SK Ulu Machan
Salah satu tarikan yang terdapat di Ulu Machan ialah Jambatan Gantung. Jambutan gantung ini menghubungkan kakitangan sekolah dan ibu bapa yang terletak di seberang sungai. Selain itu, jambatan ini menjadi laluan utama kepada pelajar sekolah dan ibu bapa untuk pergi ke sekolah.
Mee Kampua 4 benua (Kedai Makan)
Selain daripada tempat-tempat menarik, Mee Kampua 4 Benua Machan juga ketinggalan sebagai salah satu makanan yang menjadi tarikan di Pekan Machan. Mee Kampua yang diusahakan oleh seorang penduduk tempatan menjadi kian popular di kalangan penduduk setelah dipromosikan melalui facebook page PI Machan. Mee yang terdiri daripada empat warna seperti merah, hijau, hitam dan putih ini menarik minat bukan sahaja penduduk di sekitar Machan malah orang di luar sekitar Machan. Mee 4 benua yang berharga RM5.50 amat sinonim dengan pekan Machan.
Alamat : San Thai Cafe, Machan Bazaar, 967000 Kanowit
No. Telefon : 010-5029969
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Kubu Emma, Kanowit
Kubu Emma, Kanowit didirikan di atas bukit serta berhampiran Sungai Rajang, Kubu Emma yang terletak di Kanowit dan kini telah berusia lebih 160 tahun menyimpan pelbagai sejarah.
Kubu ini merupakan antara lima kubu yang dibina pada era kolonial, selain Kubu Lily di Betong, Kubu Brooke di Julau, Kubu Hose di Marudi dan Kubu Sylvia di Kapit.
Dalam perkembangan terkini, Kubu Emma akan dijadikan sebagai Muzium Warisan Kanowit dan sudah berwajah baharu selepas projek pemuliharaan dengan kos RM5 juta yang bermula Ogos 2018, siap pada Februari 2021.
Alamat : Jalan Kubu, 96700 Kanowit, Sarawak
Website : https://sarawaktourism.com/PlaceDetail.aspx?pid=2722&plat=2.101627000000000&plng=112.158062000000000
Video : https://www.youtube.com/watch?v=h5XDTLno2pc
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Tugu Pahlawan, Kanowit
Peristiwa berdarah di Pendam Bungkang, Sungai Ngemah 46 tahun lalu kini akan dikenang selama-lamanya apabila nama 12 anggota Askar Sempadan (Border Scout) yang terkorban semasa bertempur dengan pengganas komunis pada 27 Ogos 1970, akhirnya terukir di Tugu Pahlawan Daerah Kanowit yang telah dirasmikan.
Selain menjadi satu lagi lambang dan mercu tanda Kanowit, Tugu Pahlawan ini dibina untuk mengenang jasa dan pengorbanan mereka sebagai pejuang mempertahankan kedaulatan negara yang akan sentiasa dihargai dan diperingati oleh seluruh warga Kanowit khususnya dan negeri ini amnya.
“Tugu ini dibina bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka demi mempertahankan negara, justeru membolehkan golongan generasi muda memahami sejarah tanah air ketika dibelenggu ancaman komunis,”
Alamat : 4, Jalan Durin-Kanowit, 96700 Kanowit, Sarawak
Website : https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2016/11/211139/tragedi-pendam-bungkang-dikenang-dengan-tugu-pahlawan-kanowit
Video : https://www.youtube.com/watch?v=du_d08dCOO8