Pendidikan
Berikut merupakan antara perkhidmatan pendidikan yang terdapat di Pekan/Nanga Machan :
SK Nanga Machan
Sekolah Kebangsaan Nanga Machan, Kanowit merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak berhampiran dengan Pekan Machan dan merupakan sekolah berasrama. Jumlah pelajar seramai 200 orang dengan jumlah guru seramai 25 orang tenaga pengajar.
Alamat : D/A Pejabat Pendidikan Daerah Kanowit, Jalan Access Kanowit
No. Telefon : 084-738 195
SK Ulu Machan
Sekolah SK Ulu Machan merupakan sebuah sekolah rendah di Ulu Machan. SK Ulu Machan dapat dikunjungi dengan menggunakan 2 pengangkutan iaitu darat dan air. Pengangkutan darat dari Sibu dengan jarak hampir 90 Km dan mengambil masa sejam lebih, dan jika dari Pekan Kanowit jaraknya 26 KM sehingga ke Pekan Machan. Dari Pekan Machan ke SK Ulu Machan menggunakan perahu panjang yang mengambil masa selama 1 jam setengah-2 jam (Jika air besar) tetapi biasanya mengambil masa selama 3-4 jam jika cetek. Bilangan murid-69 orang (2017) dan juga merupakan sekolah asrama.
Alamat : Sekolah Kebangsaan Ulu Machan, D/A Pejabat Pelajaran Daerah, 96700 Kanowit, Sarawak.
No. Telefon : -
SJK (C) Cheng Hua
Merupakan satu-satunya sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang terdapat di Nanga Machan dan berhampiran dengan SK Nanga Machan. Merupakan sebuah sekolah harian.
Alamat : SJK (C) Cheng Hua, Pekan Nanga Machan, 967000 Kanowit
No.Telefon : 084-738 267
Tabika Kemas Nanga Machan
Merupakan sebuah pusat perkembangan awal kanak-kanak yang terdapat di Pekan Machan. Pelajarnya terdiri daripada kanak-kanak di sekitar Pekan Machan yang berumur di antara 4 hingga 6 tahun. Terdapat seramai lebih kurang 25 orang kanak-kanak kecil dihantar ke Tabika ini.
Alamat : Tabika Kemas Nanga Machan, 967000 Kanowit, Sarawak
No. Telefon : -