Kemudahan Awam
Klinik Kesihatan Nanga Machan
Selain daripada pendidikan, penduduk di Machan juga dapat menikmati kemudahan perkhidmatan kesihatan. Klinik kesihatan ini terletak di kawasan yang sangat strategik, iaitu terletak di pekan Machan. Ini memudahkan penduduk tempatan untuk datang ke Klinik Kesihatan Machan. Klinik kesihatan Machan mempunyai tujuh orang staff yang bertugas dan juga mempunyai kelengkapan seperti ambulans.
Alamat : Klinik Kesihatan Nanga Machan, 967000 Kanowit, Sarawak
No. telefon : 084-752 333
Pondok Polis Machan
Demi menjaga ketenteraman awam penduduk sekitar Machan, sebuah pondok polis telah diwujudkan di pekan Machan ini. Pondok polis machan ini terletak tidak jauh daripada pekan Machan.Ia juga berdekatan dengan sekolah, klinik kesihatan dan juga dewan masyarakat Machan. Polis yang ditugaskan di pondok polis Machan ini dipantau oleh anggota polis daripada Balai Polis Daerah Kanowit.
Alamat : -
No. telefon : -
Perpustakaan Desa, Nanga Machan
Terdapat sebuah perpustakaan Desa di pekan Machan yang bersebelahan dengan Dewan Serbaguna Nanga Machan. Waktu operasi adalah dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Tempat budak-budak berkumpul bersama untuk mencari maklumat mengenai subjek di sekolah serta tempat berkumpul menyiapkan kerja rumah.
Dewan Serbaguna Nanga Machan
Dewan ini bersebelahan dengan Perpustakaan Desa, Nanga Machan. Dewan ini selalu digunakan untuk pelbagai majlis aktiviti dan program yang melibatkan masyarakat. Contohnya, pemeriksaan pergigian dari Klinik Kesihatan Daerah Kanowit (bergerak). Selain itu, Dewan ini juga digunakan untuk aktiviti ibadah untuk yang beragama Kristian pada setiap hari Ahad.