Kelas Keusahawanan (Dropship) & Advokasi KDB
22 Disember 2017 | Aktiviti Terkini
Kelas ini telah dihadiri oleh 8 orang peserta yang terdiri daripada pelajar lepasan Sekolah Menengah yang berminat dengan usahawan. Kelas ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari bertempat di Bilik Latihan PI Machan.
Peserta telah diajar mengenai maksud usahawan online dan dropship. Dropship ialah satu cara memulakan perniagaan dengan modal yang sangat rendah.
Oleh kerana peserta merupakan pelajar lepasan sekolah menengah, maka mereka sangat berminat dengan usahawan online yang berbentuk dropship ini kerana mereka mempunyai modal yang sangat minima untuk memulakan bisnes.
Selain itu, dropship adalah satu model dari cabang perniagaan internet yang boleh dijalankan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai assess internet dengan menjadi agen dropship dan mempromosikan produk tersebut.
Akhir sekali, peserta juga diberi taklimat ringkas mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) mengenai Faktor-faktor Yang Menyebabkan Kegagalan Seorang Usahawanan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: