Kelas Microsoft Words Membuat Surat Rasmi & Advokasi KDB
8 Disember 2017 | Aktiviti Terkini
Kelas ini telah dihadiri oleh 6 orang peserta. Kelas ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari bertempat di Bilik Latihan PI Machan.
Peserta telah diajar mengenai Microsoft Words serta penggunaannya. Peserta mempelajari cara penggunaan asas Microsoft Words dan seterusnya membuat surat rasmi yang ringkas.
Akhir sekali, peserta juga diberi taklimat ringkas mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) mengenai Teknologi dan Anda yang bertujuan mewujudkan kesedaran tentang kepentingan literasi digital dan media serta mengalakkan penyertaan masyarakat dalam persekitaran digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: