E-Learning (Bahasa Melayu-Ulasan UPSR) & Advokasi KDB
27 Ogos 2017 | Aktiviti TerkiniKelas ini terdiri daripada 10 orang peserta yang akan menduduki UPSR tidak lama lagi. Kelas ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari bertempat di Bilik Latihan PI Machan. Kelas ini melibatkan pembelajaran Subjek Bahasa Malaysia. Peserta diberi latihan membuat esei dalam bentuk ulasan format penulisan Bahasa Malaysia untuk UPSR.
Ia bertujuan untuk membuat ulangkaji subjek ini sebelum menduduki peperiksaan UPSR yang sebenar. Kesimpulannya, peserta merasa bersyukur kerana dapat memanfaatkan apa yang dipelajari untuk menduduki peperiksaan UPSR yang akan datang. Selain itu, peserta juga telah diberikan taklimat ringkas KLIK DENGAN BIJAK iaitu Check Your Label. Ia bertujuan untuk memberi kesedaran kepada peserta mengenai label peralatan/barang eletronik terutama handphone yang dipakai/diguna.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: