E-Learning-Tutorial (Bahan Kitar Semula) & Advokasi KDB
28 Ogos 2017 | Aktiviti TerkiniKelas ini terdiri daripada 11 orang peserta lelaki. Kelas ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari bertempat di Bilik Latihan PI Machan. Semasa kelas ini, peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menghasilkan sebuah bangunan berdasarkan kreativti sendiri. Aktiviti yang dijalankan ialah E-learning (tutorial inovasi kreatif membuat bangunan daripada bahan kitar semula). Peserta telah menggunakan bahan kitar semula seperti kotak, suratkhabar dan straw untuk menghasilkan bentuk bangunan.
Dalam aktiviti ini, peserta telah berjaya menghasilkan bangunan seperti Bangunan Berkembar Petronas, Bangunan Shopping Complex(Star Mega Mall, Sibu), Rumah bangle/mewah dan sebagainya. Tujuan kelas ini diadakan adalah bagi mengisi masa lapang peserta sempena cuti sekolah serta menanam sikap sayangkan alam sekitar dengan menggunakan bahan kitar semula untuk menghasilkan sesuatu benda yang baru. Selain itu, peserta juga telah diberikan taklimat ringkas KLIK DENGAN BIJAK iaitu mengenai Penipuan Internet & Maklumat Palsu. Peserta telah ditayangkan video mengenai contoh-contoh penipuan menggunakan internet serta mengenai berita-berita palsu yang selalu di viral kan di internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: