E-Learning (Mewarna Bendera Malaysia Sempena Bulan Kemerdekaan)
11 Ogos 2017 | Aktiviti TerkiniKelas ini terdiri daripada 6 orang peserta iaitu seorang lelaki dan 5 orang perempuan. Kelas ini telah berlangsung selama 3 jam iaitu dari pukul 2.00 petang sehingga jam 5.00 petang di bilik latihan PI Machan. Tujuan kelas mewarna secara online bendera Malaysia ini diadakan adalah bertujuan untuk mengaplikasikan penggunaan internet dalam pembelajaran serta memupuk semangat patriotic sempena bulan Kemerdekaan kepada para peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: