Origami (Rama-Rama) & Nyanyian Lagu Patriotik (Negaraku, Ibu Pertiwiku, Aku Negaraku & Jalur Gemilang)
19 Ogos 2017 | Aktiviti TerkiniKelas ini terdiri daripada 10 orang peserta lelaki. Kelas ini telah diadakan pada jam 2.00 petang sehingga jam 05.00 petang bertempat di Bilik Latihan PI Machan. Aktiviti yang dijalankan seperti E-learning (origami rama-rama) di mana peserta belajar membuat origami melalui Youtube dan seterusnya mengaplikasikan teknik tersebut menggunakan kertas warna (DIY).
Selain itu, bersempena dengan bulan Kebangsaan, pihak pengurusan PI menganjurkan beberapa nyanyian lagu patriotik bersama-sama dengan peserta dengan objektif untuk menyemai semangat patriotik di kalangan peserta. Selain itu, peserta juga telah diberikan taklimat ringkas KLIK DENGAN BIJAK iaitu mengenai Penipuan Internet & Maklumat Palsu. Peserta telah ditayangkan video mengenai contoh-contoh penipuan menggunakan internet serta mengenai berita-berita palsu yang selalu di viral kan di internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: