Kelas Menganyam Ketupat
27 Mei 2017 | Aktiviti Terkini
Para surirumah di Sekitar Pekan Machan belajar menganyam ketupat sempena Sambutan Gawai yang akan datang. Mereka rata-rata menyambut gawai walaupun berkahwin dengan Bangsa Cina dan lain-lain. Selain itu, menganyam ketupat juga adalah satu aktiviti yang boleh mendatangkan hasil kerana ia juga boleh dijual kepada orang luar yang tidak pandai menganyam ketupat.
Di samping itu, ketupat juga boleh digunakan sendiri untuk menghasilkan makanan seperti ketupat pulut dan membuat pulut untuk perayaan Gawai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: