Mesyuarat Ajk Pi Machan Bil.2/2018

22 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Mesyuarat ini telah di adakan di Bilik Latihan PI Machan pada jam 10.00 pagi sehingga 1.00 tengahari. Antara yang hadir ialah seorang Pemanca (Ketua Kampung) dan 34 orang Tuai-Tuai Rumah dari sekitar Nanga Machan.

Tujuan Mesyuarat ini diadakan adalah untuk membuat pembubaran AJK PI Machan Sessi 2017-2018 dan perlantikkan AJK Baru Sessi 2018-2019. Selain itu, mesyuarat ini juga bertujuan untuk membuat perbincangan mengenai aktiviti PI Machan dan perbincangan mengenai lawatan Pelajar dari Kolej UCTS Sibu untuk membuat Projek Service Learning.

Selain itu, semasa mesyuarat tersebut, kami memberikan taklimat ringkas mengenai Advokasi KLIK DENGAN BIJAK. Akhir sekali kami ada membuat jamuan ringan bersama semua peserta yang hadir.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali