Origami membuat burung & Advokasi KDB
26 Februari 2018 | Aktiviti Terkini
Kelas ini telah dihadiri oleh 5 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Sekolah Rendah. Kelas ini telah diadakan pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Bilik Latihan PI Machan.
Peserta telah mengikuti kelas membuat origami burung. Ia diadakakan bertujuan untuk mengisi masa lapang khususnya kepada golongan sasar yang terdiri daripada kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun. Melalui kelas ini, peserta dapat meluangkan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah dan sekaligus mendedahkan peserta dengan penggunaan internet yang bijak terutamanya penggunaan “Youtube” dengan cara yang betul.
Selain itu, peserta khususnya kanak-kanak dapat mempelajari seni kreatif melalui internet. Di samping itu, peserta dapat memupuk silaturahim dan bekerjasama antara satu sama lain.
Akhir sekali, peserta telah diberi taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) yang bertajuk Teknologi & Anda. Ia bertujuan mendidik peserta supaya menggunakan teknologi dengan positif untuk berhubung dengan orang lain serta mendidik peserta supaya bijak menggunakan kemudahan internet yang ada.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: