Mari Mewarna dengan aplikasi 3D & Advokasi KDB
8 April 2018 | Aktiviti Terkini
Kelas ini terdiri daripada 10 orang peserta. Kelas ini telah diadakan pada jam 2.00 petang sehingga jam 5.00 petang bertempat di PI Machan.
Kelas ini dijalankan untuk memberi pembelajaran dalam 3D animasi melalui aplikasi Quiver. Kami telah membuat percetakan lukisan daripada website Quiver dan peserta mewarna serta menghasilkan animasi 3D melalui lukisan tersebut dengan menggunakan handphone.
Di samping itu, kelas ini dapat mengisi masa lapang peserta dengan aktiviti yang berfaedah serta mengcungkil minat dan bakat peserta dalam mewarna.
Akhir sekali, peserta juga diberi taklimat ringkas mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) yang bertajuk Perkongsian Berlebihan. Ia bertujuan memberi kesedaran/ pendedahan kepada peserta supaya berhati-hati menggunakan media social agar tidak berkongsi maklumat secara berlebih lebihan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: