Kelas Microsoft Words & Advokasi KDB
8 Februari 2018 | Aktiviti Terkini
Kelas ini telah dihadiri oleh 5 orang peserta iaitu terdiri daripada Tuai-Tuai Rumah yang pernah hadir pada 27 Januari lepas. Kelas ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari bertempat di Bilik Latihan PI Machan.
Peserta telah diajar mengenai Microsoft Words serta penggunaannya. Peserta mempelajari operasi dasar MS Words dengan membuat contoh surat rasmi.
Akhir sekali, peserta juga diberi taklimat ringkas mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) bertajuk Maklumat Palsu. Maklumat palsu ialah maklumat yang disebarkan tanpa kesahihan serta bukti yang sah dan boleh mendatangkan pelbagai kesan negatif jika penyebarannya tidak dibendung.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: