Gotong royong bulanan
10 Februari 2018 | Aktiviti Terkini
Pada 9 Februari 2018 iaitu jam 3.00 petang hingga 5.00 petang kami bersama 7 orang ahli PI Machan telah mengadakan gotong royong membersihkan PI. Tujuan gotong royong diadakan adalah untuk menghias dan membersihkan PI. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara kami dan peserta/ahli PI serta memupuk ahli PI untuk menjaga kebersihan selain dapat menarik minat mereka untuk datang ke PI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: