eKelas & Advokasi KDB

09 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas ini terdiri daripada 6 orang peserta yang telah berdaftar mengikuti ekelas. Kelas telah dijalankan pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari di Bilik Latihan Pusat Internet Machan. Peserta yang telah berdaftar untuk menyertai ekelas boleh membuka portal ekelas mereka masing-masing. Peserta telah belajar menambah kenalan, membuat perbincangan, melihat subjek-subjek ekelas dan melihat mata (point) di dalam portal masing-masing.

Ekelas ini memberi kemudahan kepada peserta untuk mengulangkaji serta melihat subjek-subjek Sains, Matematik dan English yang telah diajar di sekolah. Pada kelas kali ini, peserta telah mengulangkaji sama-sama subjek yang telah di ajar di sekolah mengikuti kelas masing-masing. Akhir sekali, peserta telah diberi taklimat ringkas mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak iaitu mengenai Perkongsian Berlebihan di internet. Ia bertujuan mendidik peserta supaya tidak mudah berkongsi secara berlebih-lebihan mengenai maklumat diri di internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali