E-Kelas (Mathematic) & Advokasi KDB
23 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniKelas ini terdiri daripada 7 orang peserta sekolah Menengah yang telah berdaftar mengikuti portal ekelas. Ekelas ialah program inovasi pendidikan digital di bawah Maxis. Ia merupakan tuisyen percuma secara online untuk pelajar PT3. Kelas ini telah berlangsung dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang di Bilik Latihan PI Machan.
Tujuan ekelas ini diadakan adalah untuk mengulangkaji subjek Matematik yang diajar di sekolah di dalam portal ini. Ia sangat berfaedah kepada peserta kerana isi kandungannya sama dengan subjek yang di ajar di sekolah. Selain itu, peserta juga telah diberi taklimat ringkas mengenai Kesahihan Maklumat. Ia bertujuan mendidik peserta supaya tidak menyebarkan maklumat palsu, tidak sahih atau tidak benar di dalam media social mahupun media-media lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: