Kelas Keusahawanan Muda (aiskrim Malaysia) & Advokasi KDB
12 Jun 2018 | Aktiviti TerkiniKelas ini telah dihadiri oleh 9 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Sekolah Rendah. Kelas ini telah diadakan pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Machan. Objektif kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk mendidik para peserta mengenai ilmu keusahawanan (usahawan muda). Ia juga memperkenalkan maksud usahawan dan pelbagai jenis usahawan.
Pada kelas kali ini, peserta berkongsi cerita dan pengalaman menjual aiskrim Malaysia di sekitar rumah panjang. Hal ini sangat berfaedah kepada peserta yang sudah minat dengan dunia usahawan. Akhir sekali peserta telah diberi taklimat ringkas Advokasi Klik Dengan Bijak Teknologi & Anda. Ia bertujuan mendidik peserta supaya bijak menggunakan teknologi dengan positif untuk berhubung dengan orang lain, menghormati konsep privasi dan kebebasan bersuara di dunia digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: