Kelas Keusahawanan (Video Usahawan & Taklimat Punca kegagalan Usahawan) & Advokasi KDB

15 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas ini telah dihadiri oleh 4 orang peserta yang terdiri daripada Tuai-Tuai Rumah. Kelas ini telah diadakan pada jam 9.00pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Machan. Objektif kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk mendidik para peserta mengenai ilmu keusahawanan. Peserta telah ditayangkan dengan video usahawan PI Machan yang telah berjaya.

Selain itu, peserta juga telah diberi taklimat mengenai punca kegagalan usahawan. Akhir sekali peserta telah diberi taklimat ringkas Advokasi Klik Dengan Bijak Teknologi & Anda. Ia bertujuan mendidik peserta supaya bijak menggunakan teknologi dengan positif untuk berhubung dengan orang lain, menghormati konsep privasi dan kebebasan bersuara di dunia digital.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali