Program Kolaborasi Fun Run Sebauh 2018 (Rumah Henry Nuni Ak Plen Ulu Gelam Sebauh)

07 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Program ini merupakan aktiviti kolaborasi Pi Machan bersama dengan Kolaborasi : PI Bayong, Sebauh, Machan, Sekuau, Peliau Bungai, Pejabat Daerah Sebauh. Aktiviti ini telah dihadiri oleh 515/5 = 103 orang per PI (45-L, 58-P) peserta berumur bawah 18 tahun sebanyak 24 orang, berumur 19 tahun hingga 35 tahun berjumlah 36 orang, manakala peserta berumur 36 tahun hingga 55 tahun sebanyak 23 orang, dan berumur 55 tahun dan ke atas seanyak 20 orang.

Peserta Sebauh Fun Run terdiri daripada 44 orang pelajar, suri rumah berjumlah20 orang, bekerja sendiri berjumlah 18 orang, dan yang bekerja (swasta/kerajaan) sebanyak 10 orang, manakal peserta yang tidak bekerja ialah 5 orang akhir sekali peserta pesara sebanyak 6 orang. Aktiviti ini telah diadakan di Sebauh dan dihadiri oleh Puan Jenny Bangga (Setiausaha Dato Sri Stephen Rundi Ak Utom), Pengulu Micheal Lanyau serta Pemanca Limin Lamai.

Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti:

Tajuk advokasi yang telah dibentang pada hari itu ialah Tajuk keselamatan pengguna social & penyebaran maklumat palsu. Advokasi ini mengajar agar pengguna menggunakan penilaian waras mereka, banyakkan membaca, membuat analisa apa yang telah dibaca dan membuatlah kesimpulan yang bijak berkenaan topik dibaca. Perkara ini dapat mengelakkan penybaran maklumat palsu dalam kalangan pengguna media social.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali