Gotong Royong Bulanan
16 April 2018 | Aktiviti TerkiniPada 15 April 2018 iaitu jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi kami bersama 6 orang ahli PI Machan telah mengadakan gotong royong membersihkan PI. Antara gotong royong yang kami lakukan ialah menyapu bilik latihan, menyapu ruang PI, menyapu tangga PI, mengelap cermin pintu dan dinding PI. Selain itu, kami juga telah membersihkan tandas dan stor PI serta mengemop lantai.
Tujuan gotong royong diadakan adalah untuk menghias dan membersihkan PI. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara kami dan ahli PI serta memupuk ahli PI untuk menjaga kebersihan selain dapat menarik minat mereka untuk datang ke PI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: