Membuat Kad Ucapan Hari Raya 2018 & Advokasi KDB

08 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas ini terdiri daripada 5 orang peserta. Kelas ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Machan. Kelas yang dihadiri oleh 5 orang peserta ini belajar membuat Kad Ucapan Hari Raya. Peserta telah menggunakan Youtube sebagai sumber rujukan dan para peserta telah berjaya menghasilkan kad ucapan Hari Raya masing-masing.

Kelas ini bertujuan mengeratkan silaturahim di antara peserta serta menyerahkan kad kepada kawan yang menyambut hari raya. Akhir sekali, peserta juga diberi taklimat ringkas mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) yang bertajuk Online Grooming. Ia bertujuan memberi pendedahan kepada peserta supaya tahu hak masing-masing semasa menggunakan internet dengan cara yang betul dan bijak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali