Microsoft Words (Membuat Carta Organisasi) & Advokasi KDB
29 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniKelas ini telah dihadiri oleh 4 orang peserta iaitu terdiri daripada Tuai-Tuai Rumah. Kelas ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari bertempat di Bilik Latihan PI Machan. Peserta telah diajar mengenai Microsoft Words serta penggunaannya. Peserta mempelajari cara penggunaan asas Microsoft Words dengan membuat Carta Organisasi JKKK dan KRT kampung atau Rumah Panjang masing-masing.
Akhir sekali, peserta juga diberi taklimat ringkas mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) mengenai Teknologi dan Anda. Ia bertujuan menerangkan mengenai penggunaan teknologi internet seperti untuk mencari maklumat, berhubung dengan kawan-kawan dan sanak saudara, berniaga dari rumah serta berdiskusi dan bertukar pendapat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: