Basic Ms Words & Advokasi KDB
10 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniAktiviti ini telah dihadiri oleh 5 orang peserta. Kesemua mereka terdiri daripada 5 orang tuai rumah iaitu 1 P dan 4 L. Kelas ini telah diadakan pada jam 9 pagi hingga 12 tengahari bertempat di Bilik Latihan PI Machan. Pada kelas hari ini peserta telah diajar membuat biodata dengan menggunakan Microsoft Office Words. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada tuai rumah untuk belajar mengenai MS Office Words serta kegunaannya.
Setelah tamat kelas Microsoft Office, peserta telah mengikuti kelas advokasi KDB yang bertajuk MAKLUMAT PALSU. Advokasi ini memberi bimbingan agar pengguna:
- Gunakan penilaian anda.
- Banyakkan membaca.
- Analisa apa yang telah anda baca.
- Buatlah kesimpulan yang bijak berkenaan topik dibaca.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: