Microsoft Words (Membuat Minit Mesyuarat) & Advokasi KDB
06 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniKelas ini telah dihadiri oleh 4 orang peserta iaitu terdiri daripada Tuai-Tuai Rumah. Kelas ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari bertempat di Bilik Latihan PI Machan. Peserta telah diajar mengenai Microsoft Words serta penggunaannya. Peserta mempelajari cara penggunaan asas Microsoft Words dengan membuat minit mesyuarat mengikuti format yang betul.
Akhir sekali, peserta juga diberi taklimat ringkas mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) mengenai Check Your Label. Ia bertujuan mendidik peserta supaya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan peralatan tersebut telah diperakukan mengikut standard-standard yang ditetapkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: