Kelas Asas Komputer & MS Words serta Advokasi KDB

09 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas ini telah dihadiri oleh 4 orang peserta yang terdiri daripada Tuai-Tuai Rumah serta wakil-wakil Tuai Rumah. Kelas ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari bertempat di Bilik Latihan PI Machan. Peserta telah diajar mengenai Microsoft Words dengan membuat biodata diri secara ringkas.

Peserta telah mempraktikkan apa yang telah di ajar dengan sebaiknya. Akhir sekali, peserta juga diberi taklimat ringkas mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) mengenai kempen e-WASTE.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali