Asas Microsoft Words & Advokasi KDB

24 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas ini telah dihadiri oleh 5 orang peserta iaitu terdiri daripada Tuai-Tuai Rumah. Kelas ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari bertempat di Bilik Latihan PI Machan. Peserta telah diajar mengenai Microsoft Words serta penggunaannya. Peserta telah mengulang semula asas-asas MS Words yang telah dipelajari.

Akhir sekali, peserta juga diberi taklimat ringkas mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) mengenai Teknologi dan anda. Ia bertujuan memberi pendedahan kepada peserta kesedaran tentang kepentingan literasi digital dan media serta mengalakkan penyertaan masyarakat dalam persekitaran digital.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali