Pengenalan Kepada Komputer, Asas Microsoft Words & Advokasi KDB

25 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas ini telah dihadiri oleh 5 orang peserta iaitu terdiri daripada Tuai-Tuai Rumah. Kelas ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari bertempat di Bilik Latihan PI Machan. Peserta telah diajar mengenai Pengenalan kepada komputer, asas-asas Microsoft Words serta penggunaannya. Peserta telah mengulang semula asas-asas MS Words yang telah dipelajari.

Akhir sekali, peserta juga diberi taklimat ringkas mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) yang bertajuk Perkongsian Berlebihan. Ia bertujuan memberi kesedaran/ pendedahan kepada peserta supaya berhati-hati menggunakan media social agar tidak berkongsi maklumat secara berlebih lebihan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali