Asas Microsoft Words & Advokasi KDB

29 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas ini telah dihadiri oleh 4 orang peserta iaitu terdiri daripada Tuai-Tuai Rumah. Kelas ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari bertempat di Bilik Latihan PI Machan. Peserta telah diajar mengenai Microsoft Words serta penggunaannya. Peserta telah mengulang semula asas-asas MS Words yang telah dipelajari. Peserta telah mempraktikkan MS Words yang telah di ajar dengan membuat biodata diri yang ringkas serta membuat surat rasmi yang ringkas.

Akhir sekali, peserta juga diberi taklimat ringkas mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) mengenai kempen Check Your Label untuk mendidik peserta membeli peralatan telekomunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan peralatan mengikut standard-standard yang ditetapkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali