Microsoft Words (Membuat Jadual/ Table) & Advokasi KDB

13 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas ini telah dihadiri oleh 6 orang peserta iaitu terdiri daripada Tuai-Tuai Rumah. Kelas ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari bertempat di Bilik Latihan PI Machan. Peserta telah diajar mengenai Microsoft Words serta penggunaannya. Peserta mempelajari cara penggunaan asas Microsoft Words dengan membuat jadual/ table.

Peserta di ajar edit dan delete table serta mengisi maklumat ke dalam jadual tersebut. Akhir sekali, peserta juga diberi taklimat ringkas mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) mengenai e-Waste. Ia bertujuan mendidik peserta membuang atau melupuskan e-sisa seperti telefon bimbit & tablet secara selamat dan mesra alam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali