Belajar menaip online & Belajar menggunakan keyboard control key & Advokasi KDB

18 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas ini telah dihadiri oleh 5 orang peserta iaitu terdiri daripada Tuai-Tuai Rumah. Kelas ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari bertempat di Bilik Latihan PI Machan. Peserta telah diajar mengenai online typing test, keyboard control key serta penggunaannya. Peserta mempelajari cara penggunaan asas online typing test serta keyboard control key dengan belajar posisi jemari yang efektif untuk memudahkan menaip di keyboard.

Akhir sekali, peserta juga diberi taklimat ringkas mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) mengenai Malkumat Palsu. Advokasi ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pengguna internet agar menggunakan penilaian anda, banyakkan membaca. menganalisa apa yang telah anda baca dan membuat kesimpulan yang bijak berkenaan topik dibaca.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali