Belajar menaip online & Belajar menggunakan keyboard control key & Advokasi KDB

20 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas ini telah dihadiri oleh 5 orang peserta iaitu terdiri daripada Tuai-Tuai Rumah. Kelas ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari bertempat di Bilik Latihan PI Machan. Peserta telah diajar mengenai online typing test, keyboard control key serta penggunaannya. Peserta mempelajari cara penggunaan asas online typing test serta keyboard control key dengan belajar posisi jemari yang efektif untuk memudahkan menaip di keyboard.

Akhir sekali, peserta juga diberi taklimat ringkas mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) mengenai E-waste. Ia bertujuan mendidik peserta supaya peserta tahu kesan-kesan kesihatan akibat pelupusan e-sisa mudah alih secara tidak berkhemah. Selain itu, advokasi ini juga bertujuan untuk mendedahkan peserta kepada kempen mobile e-waste supaya peserta tahu kebaikan dan di mana untuk membuang e-sisa mudah alih mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali