Program Kolaborasi Hari Terbuka & Advokasi PI Bayong

19 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Program ini merupakan aktiviti kolaborasi Pi Machan bersama dengan Kolaborasi Tadika Kemas Bayong, PI Bayong, PI Sebauh, PI Sekuau, SK Udin. Aktiviti ini telah dihadiri oleh 65 orang belia yang terdiri daripada 30 orang belia lelaki dan 35 orang belia perempuan. Aktiviti ini telah diadakan di PI Bayong.

Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti sukan rakyat, mewarna, kuiz KDB dan taklimat advokasi KDB. Tajuk advokasi yang telah dibentang pada hari itu ialah Teknologi dan Anda serta Maklumat Palsu. Advokasi ini diadakan adalah bertujuan untuk memperkenalkan asas teknologi serta memberi pendedahan kepada kepentingan kesahihan maklumat yang didapati melalui internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali