PC Hardware, Basic ICT & Microsoft Words Serta Advokasi KDB
13 Januari 2018 | Aktiviti TerkiniKelas ini telah dihadiri oleh 5 orang peserta iaitu terdiri pelajar Rendah. Kelas ini telah diadakan pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Bilik Latihan PI Machan. Peserta telah didedahkan tentang komponen-komponen asas komputer dan cara-cara penjagaan komputer yang betul. Selain itu, mereka juga diberi pendedahan tentang etika penggunaan internet secara bijak dan positif. Selain itu, peserta telah diajar mengenai Microsoft Words serta penggunaannya. Peserta mempelajari cara penggunaan asas Microsoft Words.
Akhir sekali, peserta juga diberi taklimat ringkas mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) bertajuk Buli Siber. Ia bertujuan mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para peserta supaya lebih berhati-hati dan tidak menjadi pembuli siber serta mangsa kepada pembuli siber.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: