Pertandingan mewarna Bendera Malaysia Sempena Bulan Kemerdekaan

05 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas ini telah dihadiri oleh 6 orang peserta iaitu terdiri daripada 4 pelajar perempuan dan 2 pelajar lelaki sekolah rendah. Pertandingan mewarna sempena bulan kemerdekaan ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari bertempat di Bilik Latihan PI Machan. Peserta telah diberikan sehelai kertas lukisan bergambar untuk diwarnakan.

Segala barang keperluan mewarna adalah disediakan sendiri oleh peserta. Akhir sekali, peserta juga diberi pengenalan dan sedikit penerangan serba sedikit mengenai sejarah kemerdekaan Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali