Pertandingan Mewarna Bendera Malaysia Sempena Bulan Kemerdekaan

08 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas ini telah dihadiri oleh 10 orang peserta iaitu terdiri daripada 5 pelajar perempuan dan 5 pelajar lelaki sekolah rendah. Pertandingan mewarna sempena bulan kemerdekaan ini telah diadakan pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Bilik Latihan PI Machan. Pertama sekali, peserta bersam-sama menyanyikan lagu-lagu patrioitik dn kemudian diberikan sehelai kertas lukisan bergambar untuk diwarnakan.

Segala barang keperluan mewarna adalah disediakan sendiri oleh peserta. Akhir sekali, peserta juga diberi pengenalan dan sedikit penerangan serba sedikit mengenai sejarah kemerdekaan Malaysia. Maklumat ini penting agar dapat meningkatkan pengetahuan mengenai kemerdekaan negara di samping meningkatkan rasa sayang terhadap negara.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali