Kem Cuti Sekolah MAXIS (ekelas) 2018
25 November 2018 | Aktiviti Terkini
Kem Cuti Sekolah yang dianjurkan oleh MAXIS ini telah dihadiri oleh 3 orang pelajar lelaki daripada Pusat Internet Machan. Kem ini diadakan adalah bertujuan untuk meraikan pelajar-pelajar yang aktif menggunakan portal ekelas ( pelajar yang mendapat point tertinggi dalam portal ekelas). Peserta yang terlibat adalah terdiri daripada pelajar tingkatan 1. Sebagai tambahan kem ini khas untuk pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 sahaja. Oleh itu, peserta terdiri daripada pelajar sekolah menengah sahaja. Kem Cuti Sekolah ini telah diadakan di Kuala Lumpur dan berlangsung selama empat hari iaitu dari 21 hingga 24 November 2018.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang tempoh kem ini antaranya adalah;
Pada 21 November 2018 merupakan hari ketibaan peserta-peserta dari negeri masing-masing. Namun demikian peserta-peserta telah dibahagikan kepada kumpulan dan menyertai sukaneka di padang stadium UKM pada sebelah petang.
Pada 22 November 2018 peserta-peserta kem telah dibawa melawat ke Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat Universiti Kebangsaan Malaysia dimana mereka telah diberi pendedahan kepada pelbagai rekaan teknologi yang dihasilkan oleh siswa dan siswi fakulti tersebut. Salah satu daripada aktiviti mereka ialah menghasilkan robot sendiri dan kemudian menguji ketahanan robot yang direka dengan berlawan sesama sendiri. Selepas itu, peserta kem juga telah dibawa melawat ke Fakulti Pendidikan di mana peserta-peserta telah didedahkan kepada kegunaan drone, penciptaan aplikasi dan rekaan grafik.
Pada 23 November 2018 pula peserta-peserta kem telah dibawa melawat menara MAXIS sekali gus menyertai majlis pelancaran features terbaru portal ekelas. Selain itu, mereka juga telah dibawa melawat ke sekitar pejabat MAXIS dan seterusnya pergi ke Petrosains dimana mereka mempelajari banyak benda baharu antaranya sejarah angkasa lepas, minyak dan gas serta banyak lagi.
Pada 24 November 2018 Kem Cuti Sekolah MAXIS (ekelas) telah melabuhkan tirai dan peserta-peserta kembali ke negeri masing-masing.
eKelas adalah pengajaran yang membolehkan teknologi menjadikan pembelajaran jarak jauh menjadi realiti bagi pelajar-pelajar. Ia adalah tambahan selepas bersekolah yang menyeronokkan, bertenaga dan menarik, dilakukan melalui kandungan digital yang sangat interaktif, sejajar dengan Sukatan Pelajaran Malaysia.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: