MESYUARAT AJK PI MACHAN BIL.3/2018
25 November 2018 | Aktiviti Terkini
Mesyuarat ini telah di adakan di Bilik Latihan PI Machan pada jam 10.00 pagi sehingga 1.00 tengahari. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 34 orang Tuai-Tuai Rumah dari sekitar Nanga Machan dan disertai oleh 3 orang (1 pensyarah dan 2 orang pelajar akhir tahun) wakil dari UCTS Sibu.
Tujuan Mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan aktivit-aktiviti yang diadakan di Pusat Internet dan kelas komputer untuk persediaan tahun depan. Selain itu, mesyuarat ini juga bertujuan untuk membuat perbincangan mengenai projek yang bakal dibuat untuk komuniti Machan oleh pelajar akhir tahun UCTS. Tambahan itu, tuai-tuai rumah juga telah diberi penerangan lebih lanjut mengenai projek service learning yang bakal dimulakan awal tauhn depan.
Selain itu, semasa mesyuarat tersebut, kami memberikan taklimat ringkas mengenai Advokasi KLIK DENGAN BIJAK bertajuk Maklumat Palsu. Tujuan advokasi ini adalah untuk memberi penerangan kepada warga tuai rumah tentang bahaya penyebaran maklumat palsu yang kini makin berleluasa. Dengan memberikan advokasi ini mereka mendapat lebih maklumat serta boleh berhati-hati sekiranya penyebaran maklumat palsu terjadi antara mereka. Akhir sekali kami ada membuat jamuan ringan bersama semua peserta yang hadir.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: