Public Speaking (Softskills)
5 Disember 2018 | Aktiviti Terkini
Kelas ini telah dihadiri oleh 3 orang pelajar perempuan yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Kelas ini telah diadakan dari jam 9:00 pagi hingga 12:00 tengahari bertempat di Bilik Latihan PI Machan.
Pada kelas hari ini mereka telah diajar soft skill (Public speaking). Mereka telah diberikan topik dan diberi masa menyediakan isi pembentangan masing-masing. Untuk tajuk kali ini pelajar telah diarahkan untuk membuat pengenalan diri sebagai topik pembentangan. Selain itu juga, pelajar juga telah diajar mengenai common nouns dan proper nouns menerusi video secara online.
Tujuan kelas ini diadakan adalah sebagai inisiatif PI untuk menggalakan penglibatan pelajar-pelajar semasa cuti sekolah dengan mengadakan kelas tuisyen percuma. Aktiviti ini juga dapat membantu pelajar untuk tidak melupakan pelajaran meskipun semasa cuti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: