UCTS visit for social learning
22 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniAktiviti ini merupakan lawatan wakil dari UCTS iaitu, 3 orang pelajar tahun akhir bersama seorang pensyarah untuk meneliti tempat projek serta mendapatkan maklumat untuk memulakan projek seterusnya di komuniti Pekan Machan. Aktiviti ini juga telah disertai oleh Pengurus serta Penolong Pengurus PI Machan dan 5 orang Tuai Rumah.
Aktiviti ini dimulai dengan sedikit perbincangan antara ketua projek, Tuai Rumah dan pengurusan PI Machan di Training Room. Setelah memberitahu serba sedikit latar belakang projek, aktiviti kemudian bermula.
Rumah panjang pertama yang dilawat ialah Rumah Jali diikuti Rumah Mawing, seterusnya Rumah Awi dan berakhir di Rumah Entalai. Setelah segala maklumat asas yang diperlukan telah di rekod lawatan pun berakhir dan kembali ke PI Machan untuk menikmati makan tengahari yang telah disediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: