Basic Powerpoint & Advokasi KDB
2 Disember 2018 | Aktiviti Terkini
Kelas ini telah dihadiri oleh 3 orang suri rumah dari Rumah Mawing. Kelas ini telah diadakan pada jam 9:00 pagi hingga 12:00 tengahari bertempat di Bilik Latihan PI Machan.
Kelas pada hari ini adalah kelas Asas Microsoft Office Power Point. Dengan mengikuti kelas ini mereka telah belajar membuat pembentangan mengenai aktiviti tahunan rumah panjang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada suri rumah atau ahli KRT rumah panjang menggunakan kaedah pembentangan semasa mesyuarat agar mesyuarat boleh dijalankan dengan lebih teratur dan lancar.
Setelah kelas Microsoft Office Power berakhir, mereka telah diberi kelas KDB yang bertajuk Pengawasan Ibu Bapa di Internet. Tujuan KDB ini diadakan adalah untuk:
- Memberi bimbingan mengenai tingkah laku siber baik yang apabila kanak-kanak mula menggunakan Internet.
- Ambil tahu mengenai isu-isu semasa serta belajar dan sentiasa kemas kini ilmu pengetahuan mengenai trend terkini teknologi Internet, platform media sosial, dan ciri-ciri keselamatan mereka.
- Menyediakan anak-anak dengan keupayaan untuk bertindak apabila berhadapan dengan orang yang tidak dikenali dalam talian, penipuan, pembuli siber, pilihan kandungan yang tidak sihat, dan sexting.
- Galakkan anak-anak untuk menggunakan sepenuhnya keupayaan Internet dengan meraih manfaat daripada perkongsian ilmu pengetahuan, inovasi, dan kemajuan sosial serta menyumbang secara aktif.
- Membiasakan diri dengan saluran laporan yang sedia ada dan tahu bila dan bagaimana untuk menggunakannya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: