CATs Learning Practice (age below 13)

1 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas ini telah dihadiri oleh 6 orang peserta terdiri daripada 3 orang pelajar perempuan dan 3 orang pelajar lelaki. Kesemua mereka terdiri daripada pelajar sekolah rendah kerana CATs Learning hari ini adalah untuk pelajar kategori bawah 13 tahun. Kelas ini telah diadakan pada jam 9:00 pagi hingga 12:00 tengahari bertempat di Bilik Latihan PI Machan.

Peserta telah meneruskan latihan menggunakan CATS’s Learning dan menyambung kembali sesi pembelajaran online mereka menggunakan laman sesawang tersebut iaitu CAT’s Learning. Aktiviti ini dilakukan bagi mempersiapkan diri pelajar untuk ujian CATs Learning yang akan dilakukan sebaik mereka menyiapkan segala latihan yang disediakan di dalam portal tersebut.

CATS learning ialah kursus Bahasa Inggeris SECARA PERCUMA kepada sesiapa sahaja yang ingin meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Ia senang digunakan dan boleh menggunakan aplikasi mudah alih dan pembelajaran atas talian (online) menjadikan ia mudah untuk dipelajari pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali