Kelas Asas Deko Kek Bajet
23 September 2019 | Aktiviti TerkiniKelas ini telah dihadiri oleh 12 orang peserta yang terdiri daripada suri rumah dan juga usahawan. Kelas ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang bertempat di Bilik Latihan PI Machan.
Objektif kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk mendidik para peserta mengenai ilmu membuat kek menggunakan bajet yang rendah. Selain itu, kelas ini juga mengajar cara membuat kek yang ringkas, sedap dan menggunakan bahan yang senang diperoleh di kedai-kedai runcit. Selain itu, peserta juga telah belajar cara membuat dekorasi kek dengan ringkas.
Selain itu, ia bertujuan untuk memberi ilmu dan info kepada surirumah mengenai penyediaan kek yang ringkas dan memupuk semangat surirumah untuk menjadi pengusaha kek.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: