Kelas orientasi ekelas Sains & Matematik (Darjah 6)
27 Januari 2019 | Aktiviti Terkini
Aktiviti ini telah dihadiri oleh 9 orang pelajar darjah 6, 5 orang pelajar perempuan dan 4orang pelajar lelaki. Aktiviti hari ini merupakan kelas orientasi untuk pelajar-pelajar yang telah menyertai ekelas MAXIS.
Maxis ekelas memberikan pelajar akses kepada sumber pembelajaran berasaskan awan, yang membolehkan mereka belajar mengikut tempo masa masing-masing. Pelajar boleh menguruskan pembelajaran mereka dan pada masa yang sama, bekerjasama untuk menimba ilmu. Portal ini adalah tambahan kepada tutorial langsung, dimana pelajar dapat berinteraksi dengan guru melalui penstriman video.
Maxis eKelas adalah inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah yang bertujuan meningkatkan prestasi akademik pelajar di kalangan masyarakat luar bandar dan bandar. Fokusnya ialah pada tiga mata pelajaran – Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. eKelas menawarkan gabungan tutorial secara langsung, pembelajaran dalam kumpulan dan kandungan digital secara interaktif yang selaras dengan sukatan pelajaran kebangsaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: