Program Bersama KEMAS Kelas Asas Membuat Roti & Bun

1 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Program ini telah dihadiri oleh 13 orang peserta yang terdiri daripada suri rumah dan juga usahawan. Program ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang bertempat di Tabika KEMAS Machan. Selain itu, program ini merupaka usaha atau kolabrasi antara PI Machan dengan Tabika Kemas Machan.

Objektif kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk mengajar teknik-teknik asas membuat roti/bun. Peserta telah diajar 4 jenis roti/bun, tips dan teknik membuat roti/bun dengan mudah dan ringkas. Peserta telah membawa pulang hasil roti/bun mereka pada hari tersebut.

Tujuan kelas ini diadakan juga ialah bagi membantu komuniti Machan memupuk minat membuat roti/bun. Seterusnya ia diharap dapat membantu surirumah menjalankan perniagaan kecil-kecilan di sekitar Pekan Machan.

Selain itu, peserta akan diberi sijil setelah tamat kursus.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali