Kelas usahawan-Mencari bahan2 membuat kuih/kek & Advokasi KDB
18 Mei 2019 | Aktiviti TerkiniAktiviti ini telah dihadiri oleh 3 orang peserta. Kesemua mereka adalah peserta perempuan dan merupakan pelajar lepasan tingkatan 5. Aktiviti ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Machan. Untuk kelas kali ini, pelajar telah membuat tugasan mencari resepi membuat kuih atau kek. Aktiviti hari ini merupakan aktiviti bersempena dengan Hari Gawai dan Hari Raya yang akan tiba. Mereka telah menggunakan Google dan MS Word untuk mencari maklumat serta menyalin kembali resepi tersebut.
Setelah tamat kelas MS Word, peserta telah mengikuti kelas advokasi KDB yang bertajuk ‘Call Spoofing’ atau Panggilan Palsu. Advokasi ini memberi bimbingan agar pengguna:
- Tidak panic sekiranya menerima panggilan
- Tidak mengikut arahan pemanggil
- Menyemak dan sahkan nombor akaun yang dinyatakan oleh pemanggil
- Berkongsi mesej yang diterima daripada nombor berikut
- Serta akhir sekali untuk melaporkan kepada pihak PDRM dan BNMTELELINK.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: